Pengenalan Kepada Syirik Dan Khurafat.
July 27, 2017
Pengertian Khurafat:
Khurafat adalah perkataan Arab yang di asaskan dari akar kata: خرف خرافة خرافات.
Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.
Pengertian Syirik:
Syirik adalah suatu perbuatan (sikap atau niat) terutama berkaitan akidah di mana seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT atau secara sedar serta menyekutukan Allah SWT dengan unsur-unsur lain.
Syirik terbahagi kepada 3 bahagian:
1:Syirik Rububiyyah
Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu menyembuhkan penyakit,memberi rezeki,menghidupkan serta mematikan.Misalnya ada seorang doktor yang dapat menyembuh sesuatu penyakit lalu kita percaya bahawa hanya doktor tersebut yang dapat menyembuhkan penyakit tersebut,itu disebut syirik rububiiyyah,padahal kesembuhan itu hanya milik Allah SWT dan doktor tersebut hanya sebagai perantaraan untuk menyembuhkan penyakit tersebut.
2.Syirik uluhhiyah.
Meyakini bahawa ada Tuhan selain Allah yang berhak disembah.Contohnya seperti menyembah berhala dan sebagainya.
3.Syirik Asma Wa sifat.
Syirik dalam asma wa sifat adalah seperti menyamakan Allah seperti makhluk-Nya.Baik dalam bentuk Dzat,sifat atau nama-nama-Nya yang hanya khusus bagi-Nya.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”
(QS. An Nisa’: 48)

0 comments